Friday, January 1, 2010

81 pasangan disyaki berkhalwat


Pelajar berusia 16 tahun adalah antara 29 pasangan ditahan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) kerana disyaki berkhalwat di hotel dan rumah tumpangan di sini sempena sambutan Tahun Baru hari ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab Malek berkata mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 55 tahun termasuk pelajar sekolah dan kolej di sini.

Dalam operasi Insaf 2010 itu, kesemua pasangan ditahan di 20 buah hotel bajet dan rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Jang, Jalan Besar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Stadium, katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu di KLANG, SELANGOR, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) merupakan antara 52 pasangan yang ditahan kerana dipercayai berkhalwat dan minum minuman keras dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abdul Rani berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar daerah Klang, Shah Alam dan Kajang, merangkumi kawasan tasik, taman rekreasi, hotel dan pusat hiburan.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun dan mereka ditahan dalam operasi yang bermula 12 tengah malam dan berakhir kira-kira pukul 5 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama


haii macam2 la pelajar sekarang. macam mane nak cegah isu ni??

1 comment:

  1. that's bad..
    oh well, totally unrelated to the title in innit..

    kenwooi.com

    ReplyDelete

RELATED POST :

Blog Widget by LinkWithin