Showing posts with label NAhas bas ekspress ipoh. Show all posts
Showing posts with label NAhas bas ekspress ipoh. Show all posts

Saturday, June 4, 2011

pelekat kaki toksin semurah 60 sen. dapatkan segera. promosi!








Detox Foot Patch. 100% Original!

Brand : Jun Gong.


KHASIAT PRODUK INI :

1. Membantu dan menyerapkan toksin didalam badan yang menjadi punca bagi segala penyakit.
2. Membantu mengurangkan serta mencegah risiko penyakit berbahaya.
3. Meransang titik akupunktur dan refleksologi.
4. Melancarkan peredaran darah.
5. Membantu menguatkan sistem imunisasi badan.
6. Membantu mendapatkan tidur nyenyak.
7. Menjadikan badan terasa lebih ringan dan selesa.
8. Dan mendorong menjalani hidup yang lebih sihat.


HARGA YANG KAMI TAWARKAN :

belian 100 = RM 0.60/keping

belian 200 = RM 0.58/keping

belian 500 = RM 0.55/keping

belian 800 = RM 0.53/keping

belian 1000 = RM 0.50/keping

belian 1500 = RM 0.47/keping

belian 2000 = RM 0.45/keping

*harga belum termasuk kos penghantaran.


TERLALU MURAH BERBANDING HARGA LAIN!


harga pasaran = RM 1.50 sekeping.

1. UNTUK PAKEJ DETOX FOOT PATCH BERKOTAK, LAWATI : DETOX FOOT PATCH BERKOTAK HARGA MURAH

2. UNTUK GOLD SLIMMING PATCH, LAWATI : GOLD SLIMMING PATCH BORONG


ATAU BARU INGIN MENCUBA PRODUK INI?

DAPATKAN PEK PERCUBAAN (20 KEPING) = RM20 + POSLAJU RM7 ke semenanjung (Sabah/Sarawak, poslaju RM12)

= RM27 SAHAJA.


Mengapa perlu beli Detox Foot Patch dari kami ??

1. Harga yang terlampau rendah berbanding syarikat lain.

2. Mutu dan kualiti produk yang terbaik dan terbagus

3. Pembungkusan yg kemas memastikan mutu produk terjamin.

4. Label dibekalkan untuk setiap 1 pek.

5. Bekalan stok yang sentiasa ada.

6. Servis Penghantaran yang terbaik dan terpantas dari kami. Setiap hari membuat penghantaran kecuali Ahad, dan anda terima barang yang dipesan keesokkan harinya.

7. Layanan istimewa untuk setiap pelanggan yang ingin berurusan dengan kami.

8. Tawaran diskaun untuk pembeli tetap kami. Belian kali ke 2 akan mendapat diskaun.





PENGHANTARAN BARANG :

SKYNET/ POSLAJU -Hanya 1-2 hari, barang anda tempah b0leh sampai ke destinasi.

Penghantaran dijalankan setiap hari kecuali cuti umum.

Lokasi utama kami : Ipoh, Perak.

Cawangan kami : Banting, Selangor & Putrajaya (Presint 17)

: Kertih, Terengganu.

Sesiapa yang nak datang ambil barang, boleh datang terus ke 4 lokasi kami ini.


PEMBAYARAN :

Bayaran boleh di buat ke akaun KAMI di CIMB Bank atau Maybank.



Nota : sila masukkan email : encik_lokman@yahoo.com semasa membuat pembayaran online melalui cimbclicks atau Maybank2u.

Jika cash deposit melalui ATM, anda hanya cuma maklumkan tentang pembayaran yang telah anda buat ke talian 019-4279435.

Selepas membuat bayaran, sila berikan alamat dan nombor telefon untuk kami pos barang anda ke talian 019-4279435


HUBUNGI :

Name : Encik Muhammad Lokman

email : encik_lokman@yahoo.com

HP : 019-4279435 (Encik Lokman)

untuk SMS : type "MURAH DETOX" dan disertakan dengan pertanyaan anda.


boleh hubungi kami melalui email atau SMS.

anda akan dilayan sebaik nya.


- UNTUK PAKEJ DETOX FOOT PATCH BERKOTAK, LAWATI : DETOX FOOT PATCH BERKOTAK HARGA MURAH

- UNTUK GOLD SLIMMING PATCH, LAWATI : GOLD SLIMMING PATCH BORONG


NOTA : SUNGGUH BANYAK FOOT PATCH TIRUAN YANG DIJUAL DI PASARAN MALAYSIA KETIKA INI.

1.SALAH SATU CARA UNTUK MEMBEZAKANNYA ADALAH DENGAN MELIHAT PADA PACKAGINGNYA. PRODUK ORIGINAL MEMPUNYAI TANDA GARIS HIJAU DIBUCUNYA (lihat gambar di bawah)

2. DARI SEGI BAU. Produk original mempunyai bau (bau bamboo vinegar) dan produk tiruan tidak mempunyai bau (adakala berbau seperti bedak)

3. PRODUK original tidak dihurungi semut, produk tiruan pasti menarik kehadiran semut.

4. Warna pada patch selepas pakai adalah berwarna hijau@hitam kepekatan, dan bukannya kelabu.





TESTIMONIAL PENGGUNA DETOX FOOT PATCH ORIGINAL JUN GONG

Nasr, 32, Alor Setar.
“Seharian bekerja di pejabat memang cukup meletihkan. apatah lagi berada seharian di bawah air-cond. ketika waktu rehat asyik nak tidur saja dan bila malam pula asyik nak tidur awal sebab terlalu letih. Selepas 2 minggu menggunakan foot detox ni, badan terasa cergas bertenaga dan waktu rehat pun dah tak tidur lg. Alhamdulillah, syukur pada Allah.”

Cikgu NorAzmah, 40, SMK Tunku Temenggong, Pendang Kedah.
Saya mengalami sakit lutut yg agak ketara sehingga menyukarkan saya untuk sembahyang. Bermacam ubat dan kaedah saya telah gunakan tapi tidak sesuai. Setelah mencuba foot detox selama 1 minggu, Alhamdulillah saya rasa ada perubahan ketika mana hendak melakukan sembahyang. Saya rasa seperti kembali kepada sedia kala

Suhaila, 30, Kuala Lumpur.
“Saya sering mengalami masalah tidur dan berasa letih dan tidak bertenaga pada pagi keesokan nya.Ini menyebabkan saya tidak dapat menumpukan perhatian semasa bekerja. Kini dengan Foot Detox, saya dapat tidur dengan lena, berasa lebih segar , cergas dan bertenaga pada setiap pagi.

Mrs Lim, 36, Kepong.
Saya mengalami kelenguhan pada bahagian leher yang berterusan dan sering diserang sakit kepala dari masa kesemasa. Doktor menasihatkan saya bahawa ini adalah disebabkan oleh gaya hidup saya yang tertekan dan keadaan postur badan saya. Pada mulanya saya berasa ragu-ragu untuk mencuba Foot Detox. Tetapi setelah mencubanya, saya sangat kagum kerana kelenguhan pada leher saya hilang sama sekali dan saya tidak lagi sering diserang sakit kepala. Malahan saya berasa lebih segar dan lebih bertenaga setiap pagi.

Puan Zubaidah, 31, Kuala Lumpur
Ibu saya sering merungut kesakitan dan kekakuan pada bahagian lutut dan buku lali setiap pagi. Ini biasanya akan berlanjutan sehingga tengah hari dan menjadi semakin teruk semasa hujan. Dia diberitahu bahawa keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan kelaziman proses penuaan. Selepas mencuba pelekat kaki penyerap toksin ini selama seminggu, ibu saya tidak lagi mengalami kesakitan dan pergerakannya menjadi semakin lancar.

Cik Sarah, 36, Petaling Jaya.
Sebelum menggunakan detox foot berat badan sya 99kg tapi setelah menggunakan hanya 1 pax saja berat badan saya telah turun sebanyak 4kg iaitu daripada 99kg ke 95kg. Sukar untuk saya percaya tapi setelah menimbang berat badan di beberapa tempat berasingan, itulah sebenarnya terjadi kepada saya. Sungguh menakjubkan bukan!! Terima Kasih.

Norizah Hamidon, 32 Tahun Shah Alam.
Terbukti pada saya selepas menggunakan Foot detox, penurunan berat badan sebanyak 1kg dlm masa 7 hari !!!dan sekarang hilang berat 2.5kg dalam satu bulan Bukan itu sahaja...Produk ini mampu memberi bentuk badan yang menarik dan lenguh2 sengal2 serta kesakitan bisa kaki badan akibat angin.


Fatimah Ghazali ,24 Tahun
Saya mengalami penyakit resdung yang kronik. Saya menggunakan Foot detox bukan untuk menguruskan badan tetapi untuk membuang toksin di badan terutamanya di bahagian muka. Berbagai jenis ubat dan kosmetik telah saya cuba tapi belum diizinkan Allah untuk sembuh. Selepas saya mencuba produk ini beberapa hari, ramai rakan sekerja saya telah menegur yang wajah saya nampak lain dan lebih cerah serta jerawat berkurangan. Sebelum ini, setiap kali membasuh muka saya perlu pencuci khas untuk mengelakkan muka saya berbau hanyir selepas dibasuh. Selepas guna Foot detox saya tidak mengalami masalah resdung yang kronik lagi. Bau hanyir juga telah hilang. Tiada lagi kelopak mata yang lebam dan hitam. Masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala juga telah beransur pulih. Alhamdulillah, dengan bahan semulajadi yang berkesan terdapat di dalam produk ini, saya yakin lebih ramai orang di luar sana yang dapat dibantu.

Rokiah Binti Ibrahim
Saya mengalami sakit kaki, lutut, asma, ghout dan sakit sendi. Paling ketara sakit lutut dan kaki di mana terpaksa bersolat duduk di atas kerusi kerana kaki kanan tidak boleh dilipat. Dengan menggunakan FOOT DETOX selama 10 malam,segala masalah tersebut telah beransur pulih dengan cepat. Kini, saya telah mendapat semula kesihatan yang baik disamping berat badan turun daripada 69kg kepada 64kg. Alhamdulillah...

Saturday, December 26, 2009

NAHAS BAS EKSPRESS 2 TINGKAT

KLANG: Anak kedua kepada pasangan mangsa yang terkorban dalam kemalangan bas ekspres di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Ipoh, Perak, awal hari ini, reda dengan pemergian kedua-dua ibu bapanya.

Mohd Arif Andi Shaharin, 23, berkata walaupun beliau dan adik-beradiknya berasa amat sedih tetapi menganggap pemergian itu sebagai suratan takdir dan satu ketentuan daripada Allah.

Beliau tidak menyangka akan kejadian tersebut kerana bapanya Shaharin Mohd Nor, 61, sering berulang-alik ke utara atas urusan kerja dan ada kalanya ditemani oleh ibunya, Supiah Adam, 46.

Katanya, sehari sebelum kejadian, bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori satu tan itu menyatakan untuk pergi ke Kuala Perlis menaiki bas atas urusan kerja untuk mengambil kenderaan tentera untuk dibawa ke Pelabuhan Barat di sini dan mahu ibunya ikut sama.

"Saat ibu bapa saya naik bas itu di hentian bas di Seksyen 17 semalam, itulah saat terakhir saya melihat mereka... kami reda akan pemergian kedua orang tua kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Setia di sini hari ini.

Pasangan suami isteri itu adalah antara sepuluh penumpang yang maut apabila bas dua tingkat Sani Express yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Dua orang lagi tercedera dengan seorang daripadanya parah dalam insiden itu.

Selain Shaharin dan Supiah, dua lagi dari Selangor yang terkorban dalam insiden itu ialah Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22.

Mohd Arif berkata, beliau bersama empat lagi adik beradiknya, Zuhairi, 24; Mohd. Helmi, 20; Shuhada, 17; dan Faiz, 14, pergi ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kematian ibu bapanya kira-kira jam 7 pagi tadi dan bergegas untuk menuntut jenazah mereka.

Sementara itu, rakan karib Shaharin, Zaiain Bedin, 34, berkata sebelum kejadian, Allahyarham menunjukkan sedikit perbezaan dari segi perwatakannya apabila sering dilihat berpakaian kemas dengan wajah yang berseri-seri ke tempat kerja.
Sebelum ini, katanya, Allahyarham Shaharin sering memakai pakaian seragam dan kali terakhir menemui arwah kelmarin.

"Ketika itu, saya lihat Allahyarham ceria. Namun, saya tidak terfikir pula itu adalah kali terakhir saya menemui dan bercakap dengannya," katanya.

Pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jalan Kebun dekat Pandamaran di sini kira-kira jam 5 petang ini.

Di ALOR SETAR, laporan menyatakan Ng Poh Ngoh, seorang lagi mangsa yang terkorban dalam nahas itu, baru saja menghadiri temuduga di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Poh Ngoh, 23, dari Taman Desa Seraya, Alor Setar, baru menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Adik mangsa, Ng Poh Yoke, berkata kakaknya ke Kuala Lumpur ditemani adik bongsu mereka, Ng Kah Kit, 14, yang turut terbunuh dalam kemalangan itu.

Kah Kit adalah pelajar tingkatan dua di Sekolah Menengah Sin Min (Persendirian).

"Mereka tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik malah sangat ceria semasa menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur pada 20 Disember lalu.

"Saya ada menegur kakak yang membawa selimut dan dia hanya menjawab mahu tidur sepanjang perjalanan," kata Poh Yoke kepada pemberita semasa ditemui di rumah keluarganya di taman itu.

Poh Ngoh adalah anak sulung daripada empat beradik. Bapanya, Ng Ching Beng, 47, ialah seorang peniaga barangan binaan.

Katanya, beliau mendapat tahu mengenai nahas itu yang membabitkan kakak dan adiknya daripada ibu angkatnya pada jam 10 pagi tadi selepas mendengar berita mengenai kemalangan itu di radio.

Poh Yoke berkata ibunya, Lim Siew Heok, 45, dan bapanya bertolak ke Ipoh dengan ditemani rakan lelaki kakaknya kira-kira 8 pagi tadi tanpa memberitahu beliau.

"Kakak saya menghadiahkan seekor hamster pada hari jadi saya Ogos lalu dan saya akan menjaga hamster itu dengan baik kerana itu adalah pemberian terakhir beliau kepada saya," katanya.

Pelajar kejururawatan di Kolej Kejururawatan Jerantut, Pahang itu berkata, beliau terkilan kerana kakaknya itu sepatutnya menerima ijazah pada konvokesyen UUM tahun depan.

Sementara itu, bapa kepada Poh Ngoh, Ng Chin Beng, 62, berkata anak perempuan sulungnya itu mempunyai masa depan cerah tapi nampaknya kini semuanya sudah berakhir.

Bercakap kepada pemberita di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Chin Beng berkata Poh Ngoh adalah graduan bidang multimedia dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan anak harapan dalam keluarga.

Sementara itu, anak sulung kepada pasangan Shaharin, Khairil Shahrin, 24, yang sempat ditemui di Ipoh, berkata bapanya sempat berpesan agar beliau menjaga adik-beradik yang lain, semasa menghantarnya ke hentian bas di Shah Alam.

Sementara itu, Abdul Ghafur Sukimi, 53, berkata beliau bergegas ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini selepas menonton berita jam 7 pagi tadi yang menyiarkan nama anak saudaranya, Mohd Bilal Osman, 22, dan rakannya Mohd Shukri Mohd Ali, 22, terlibat dalam kemalangan itu.

"Saya terus menghubungi ibunya dan diberitahu perkara itu telah dimaklumkan pihak polis pada jam 6.30 pagi tadi dan meminta saya menguruskan jenazah Mohd Bilal untuk dibawa pulang dan dikebumikan di Sungai Besar, Selangor.

"Dua rakan karib yang meninggal ini tinggal berjiran dan dalam perjalanan pulang untuk mendaftar semester kedua di Universiti Malaysia Perlis (Unimap)," katanya.

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah.

Selain itu yang terbunuh ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jismi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis; Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya Sharifah Hasanah, 15, dari Sungai Petani, Kedah.

Penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, 43, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Bagaimanapun dua pemandu bas dan 36 lagi penumpang selamat. - Bernama

sumber : berita harian

RELATED POST :

Blog Widget by LinkWithin