Wednesday, February 24, 2010
cara terbaik untuk bisnes
Teknik Pemasaran Emel sudah seringkali dinyatakan
sebagai salah satu teknik pemasaran terbaik bagi
setiap Usahawan Internet. Tidak dinafikan juga ia
adalah salah satu teknik Killer yang pastinya menjamin
pulangan yang lumayan hanya dengan menghantar emel
sahaja, yang penting jika ia kena pada caranya!
http://bit.ly/panduan-bisnes-emel
Ramai PAKAR usahawan internet, jika ditanya apakah
teknik yang mereka gunakan untuk menghasilkan jualan
yang begitu banyak dalam tempoh yang berterusan?
Sudah pasti, salah satu tekniknya adalah Teknik
Pemasaran Emel (Email Marketing).
Namun begitu, sebelum melakukan teknik pemasaran emel
ini, perkara utama yang paling penting yang perlu kita
lakukan ialah Melanggan Autoresponder.
Saya pasti, ramai lagi di antara kita yang masih keliru
untuk menentukan Autoresponder yang manakah yang sesuai
untuk digunakan bagi tujuan pemasaran emel ini?
Bukankah begitu?
Ada yang masih ragu-ragu lagi sama ada ingin melanggan
Autoresponder berbayar ataupun yang percuma sahaja.
Apabila melanggan Autoresponder berbayar, sudah tentulah
ia memerlukan Kos yang agak mahal, tetapi jika melanggan
Autoresponder Percuma, tiada sebarang bayaran langganan
yang diperlukan.
Sedarkah kita apa sebenarnya kelemahan Autoresponder
Percuma ini? Adakah ia adalah pilihan terbaik jika ingin
memulakan Teknik Pemasaran Emel ini?
Bagaimana pula dengan Autoresponder Berbayar? Berbaloi
kah melabur wang untuk melanggan autoresponder ini?
Jika persoalan-persoalan di atas bermain di minda anda,
saya amat menyarankan agar anda memiliki Ebook Panduan
Autoresponder yang baru sahaja dihasilkan oleh rakan
saya iaitu Saudara Rahman Basri.
Klik di sini untuk mendapatkannya:
-->> http://bit.ly/panduan-bisnes-emel
Psst..!! Ia percuma sahaja :-)
PS: Saya telah pun memiliki ebook ini dan mendapati ia
sungguh menarik kerana penulis berkongsi pengalaman beliau
semasa melanggan Autoresponder percuma sehinggalah ke
Autoresponder berbayar. Rugi jika anda tidak memilikinya!
PPS: Bagi anda yang telah pun melanggan Autoresponder
sebelum ini pun, ebook ini sangat sesuai buat anda, kerana
pada Bab terakhir, penulis mengupas dengan lanjut beberapa
alternatif mengekalkan subscriber asal anda jika ingin
beralih ke autoresponder yang lain.
Tuesday, June 30, 2009
Mencari Cinta?
Salam...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website
Insyallah, dapat membantu.Bye!