Sebagai seorang blogger, korang mesti membuat analisa terhadap jangkahayat sesuatu trend dan mengetahui hala tujunya. Adakah topik itu akan menjadi semakin popular dalam beberapa bulan akan datang? Atau adakah ia akan dilupakan terus? Membuat andaian yang betul apa yang akan menjadi buah mulut orang ramai untuk jangka masa enam bulan akan datang pasti boleh menguntungkan blog korang.
Antara salah satu kesilapan seseorang blogger adalah memilih topik yang popular tanpa memikirkan bagaimana untuk menyerlahkan diri dari saingan-saingan sekelilingnya.
Adakalanya, memilih suatu topik yang kurang popular adalah lebih sesuai kerana kurang persaingan.
No comments:
Post a Comment